6.12.11
Garam dalam menu anak
:)hyun-ae: sudah menjadi kelaziman orang ramai lebih risaukan gula berbanding terlebih ambil garam.sebenarnya,apa benda sekalipun jika diambil berlebihan pasti akan memudaratkan.tapi,untuk kali ini dibawakan kepada anda perihal pengmbilan garam berlebihan oleh kanak-kanak.secara umumnya,garam berfungsi untuk mengawal keseimbangan cecair badan bagi memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik.selain itu,garam juga dapat membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal.kanak-kanak perlukan sangat sedikit garam dalam kehidupan seharian mereka.terlebih mengambil garam boleh menyebabkan peningkatan risiko tekanan darah tinggi ,strok,dan serangan sakit jantung.walaupun semua penyakit ini lazimnya menyerang orang dewasa,ini tidak bermakna kanak-kanak terlepas daripadanya.pengambilan garam yang berlebihan ketika kanak-kanak,merupakan penyumbang peningkatan tekanan darah apabila dewasa kelak.pada masa yang sama, kandungan garam yang tinggi juga boleh membahayakan buah pinggang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment